Hantu Asrama Lagi




Kisah ini terjadi semasa aku berada di dalam
tingkatan satu. Waktu itu, aku tinggal di asrama. Seperti kebiasaan, pada bulan Julai setiap tahun, satu asrama mesti heboh dengan histeria dan bermacam-macam lagi. Pada masa itu, seluruh asrama berada dalam ketakutan. Pada waktu malam, kami tidak berani tidur lewat seperti hari-hari biasa. Tepat saja pukul 11.00 semuanya mesti telah berselubung di atas katil...
Tetapi, pada suatu malam.......

Aku dan kawan-kawan sedang bersembang mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama kami pada masa itu.
Kami yang terkenal dengan sifat berani, mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman kami di asrama. Sedang enak kami mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting!

Kami berpandangan sesama sendiri. Rasa takut menyelubungi
diri.

"Apa tu??,"Adnan, kawanku bersuara"Barangkali ia marah kita
mengutuk-ngutuknya tak??,"

"Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,"Ikmal menjerit sambil memandang ke syiling.

"Sudahlah, mari kita tidur,"kataku pula. Seraya dengan itu,
kami pun naik ke katil masing-masing.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang berjalan di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat.
Kami bergegas keluar daripada dorm. Apabila kami sampai,
bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ. Kami kehairanan. Kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm. Tetapi, belum sempat kami sampai ke pintu, jeritan pelajar perempuan kedengaran. Kami terkejut. Seluruh isi asrama terjaga. Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ. Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing. Beberapa lama kemudian, barulah kami tahu yang pelajar perempuan diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama.
Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali tenang.

Selepas dari kejadian itu, aku dan kawan-kawan tidak berani lagi bermulut celupar. Kami percaya bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh kami.....
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool