Hantu Muzik




Beberapa tahun yang lalu, satu pasangan suami isteri, Wong dan Mei telah pergi berbulan madu di Pulau Toba, Indonesia. Tanpa pengetahuan Mei, Wong membeli sejenis alat muzik purba yang berharga RM400.00. Setelah mereka pulang ke rumah, Wong menggantung alat muzik tersebut di dinding dan ini tidak menyenangkan Mei. Mei berasa marah kerana suaminya membazirkan wang untuk membeli alat muzik yang disifatkannya tidak berfaedah itu. Mereka selalu bergaduh kerana alat muzik tersebut.
Walaubagaimanapun, pergaduhan mereka reda setelah Mei mengandungkan anak pertama mereka. Hidup mereka kembali aman. Tetapi perkara yang menggerunkan telah berlaku. Alat muzik purba itu mula mengeluarkan muzik dengan sendirinya.
Mei mula berasa takut tetapi dia tidak sedar yang muzik itu datang dari alat muzik purba tersebut. Apa yang menghairankan, muzik yang dimainkan adalah mengikut emosi Mei. Apabila dia berada dalam keadaan gelisah atau bersedih, alat muzik tersebut akan memainkan lagu yang akan menggembirakan Mei. Bukan saja Mei yang mendengarnya, malah Wong juga selalu terdengar alunan merdu muzik tersebut. Wong mula mengesyaki sesuatu.

Tetapi sekali lagi kegelisahan mereka terubat. Mei telah berjaya melahirkan bayi lelaki yang comel yang dinamakan Leong. Dipendekkan cerita, Wong dan Mei menggaji seorang pengasuh untuk mengasuh bayi mereka. Pengasuh tersebut adalah seorang yang berasal dari Indonesia.

Pada suatu hari, alat muzik itu sekali lagi memainkan muziknya. Kali ini muziknya seperti untuk menyambut kelahiran bayi tersebut. Pengasuh keluarga Wong terkejut dengan apa yang didengarnya. Dia segera ke tempat tidur Leong untuk memastikan keadaan bayi itu. Alangkah terkejutnya apabila didapati seorang tua sedang mendukung Leong. Pengasuh itu mula berasa takut dan segera memanggil Wong. Apabila mereka sampai ke tempat tidur Leong, mereka dapati bahawa bayi itu berada dalam keadaan selamat.

Pengasuh tersebut dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Tiba-tiba dia terpandangkan alat muzik yang tergantung di dinding rumah tersebut. Menurut pengasuh itu, alat muzik itu berasal dari Batak. Ia merupakan simbol perlindungan, nasib yang baik dan keharmonian. Barulah mereka tahu bahawa orang tua yang muncul itu ialah semangat untuk melindungi dan memastikan keluarga mereka berada dalam keadaan selamat.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool