Takdir Ini



1

Kurenung wajah yang kini berhadapan denganku. Redup, tenang dan bersahaja. Wajah yang sering kurindui, wajah yang sering kudambakan lewat senja ini tapi wajah ini jugalah yang telah menarik sebahagian nyawa keriangan remajaku. Dan kini pabila berdepan dengannya bagaikan runtuh tembok berlin keegoaanku yang selama ini kubina lantaran perpisahan yang dipinta dari bibirnya.
Sham,sekalipun mira yang salah..takkan tiada sekelumit pun kemaafan untuk mira, sham,”
Kubiar bibir kecil itu bersuara. Setiap bahan rujukan yang berada didepanku, diselak dan dicatat baris isi yang penting. Bukan aku tak ingin melayan butiran percakapannya cuma bimbang tewas akan pujuk rayunya. Biar dia tahu luka dihatiku ini bukan sembarangan.
Sampai ati sham,”
Mira terus berlalu.. sebelum itu mira sempat menyelitkan secebis kertas di sebalik buku2 yang berada dihadapanku. Aku mencapai dan kubaca setiap isinya.
jumpa mira kat depan library antara kul 3.30-4.00 ptg. Mira tunggu sham kat bawah pohon rendang kay.
Aku hanya mampu mengeluh. Mira memang degil sejak dulu lagi. Segala yang dihajati mesti dipenuhi time tu jugak. Dibukanya buku di hadapan. Tak sampai seminit, dia sudah menutupnya kembali. Mood untuk membaca hilang dek nota
mira sebentar tadi. Ahhhh.. aku lelaki aku kena berani berhadapan ngan realiti. Tunggulah mira, sebentar lagi kau kan ku temui.
2

Apa yang mira tak puas ati lagi nie
Mira hanya senyum. Pehh.. ini yang buat aku lemah nie.
Mira nak minta maaf. Kat library tadi sham buat tak reti jerr kat mira. Mira nak jelaskan hal yang sebenarnya,
Tak perlu mira.. antara kita dah takde sebarang ikatan yang istimewa. Mira yang mengakhirkannya , takkan dah lupa kot
Tanpa sempat mira menghabiskan ayatnya, aku dah sambung. Mira hanya diam mengekalkan sifat semulajadinya. Entahlah , mira merangkumi gadis impianku. Lama Mira diam. Diam Mira meresahkanku.
jadi sham masih marah kat mira lagilah nie..yek
Aku pulak yang diam. Bengang pun ader. Dah tahu dia leh tanya lagi. Takkanlah gadis kesayanganku dirampas oleh orang lain, aku leh gelak tanpa ader sekelumit rasa marah. Hangin betul aku ngan pertanyaan Mira.
Sebenarnya..mira rasa mira nie masih muda dalam buat keputusan. Mira takde niat nak kecewakan sham tapi entahlah.. Mira dah putus ngan ikmal. Mira datang nie bukan nak kembali semula pada sham. Mira tahu jangka masa setahun tu terlalu lama, pasti sham dah ader yang empunya kan. Mira takkan ganggu hubungan sham, mira cuma nak pohon maaf pada sham ajerr

Aku hanya terdiam. Pengakuan mira nampak ikhlas. Lebur hati lelakiku dibuatnya.
sham, maafkan mira kerr..?
Lama aku mendiamkan diri. Sebuah keluhan kecil kulepaskan. Emmmmm.. terlalu payah tuk kuhuraikan. Lama kemudian baru aku bersuara,
entahlah mira, terlalu sukar tuk sham melupakan segala kisah kita berdua. Apa yang penting, sham dah lama maafkan mira, cuma beri sham sedikit waktu tuk bersendirian
mira ganggu sham kerrr,?

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Bagiku mira tak pernah mengganggu kehidupanku cuma kehadiran mira kali ini agak mengejut bagiku. Dah setahun lebih wajah itu tidakku lihat. Hampir terpegun aku dibuatnyerr. Mira still cam dulu cuma dia nampak agak kurus sikit.

takpelah kalau ngitu, mira minta maaf.. assalammualaikum,

Aku hanya melihat sehingga kelibat mira hilang dari pandangan. Bukan tiada niat untuk menghalang tapi suara ini begitu berat untuk terus berbicara dengan mira, lantas kaki terus diatur menuju ke asrama.

3

Malam yang dingin ini bagaikan mengamit diri kepada pertemuan siang tadi. Bersama mira. Terus terang kunyatakan, sememangnyerr aku terkejut dengan kehadiran mira. Bayangkanlah sudah hampir setahun lebih wajah itu hilang dari pandangan mataku, jika dulu wajah itulah yang menjadi penyeri hampir setiap waktuku.
Bencikah aku pada wajah itu. Memang tapi itu hanya pada mulanyerr dan sekarang aku bagaikan tak berdaya untuk menipu diri ini. Iya, aku masih rindukan wajah itu. Rindu pada senyumannyer, gelak tawanyerr, usikannyer. Mira, kau memang buatkan aku jadi gila. Dulu aku pernah nyatakan yang aku tak akan berpaling padanyerr lagi tapi sekarang aku bagaikan hilang diri sendiri, Arrrrgggggggghhhh..
Apa yang pasti aku tak mampu untuk memarahinyerr sekalipun menyimpan dendam padanyerr. Memandang wajahnyerr sudah cukup untuk menenangkan jiwa ini dan juga sudah cukup memadamkan segala kesalahan yang pernah mira lakukan terhadap diriku sebelum ini. Bagiku yang berlalu biarkan berlalu. Dan yang pasti aku tak sedar bila masanyerr mata ini dipejamkan.

4

Kelihatan beberapa teman masih sibuk mengejar bola. Aku, letihlerr so, duduk jap ambik angin. Maklumlah sebagai pemain pertahanan aku kena banyak rehat, hehehehe,.. konon.. Emm.. sekarang ini hubungan aku ngan mira sudah kembali terjalin. Tapi hanya berlandaskan teman biasa. Lagipun tak salah kan.
Jai, aku balik dulu yek.. Aku ader test lerr malam nie
banyaklerr kau punya test, kalau dah malas tu.. malas lerr jugak
Aku cuba mengelak apabila jai menendang bola ke arahku. Marahlerr tu tapi aku berjaya jugak ngelak.. biasalerr kan, kalau tidak jersi no. 7 takkan dapat kusarungkan ke tubuh, hehehehehe.. riaklerr pulak.

Dari kejauhan aku nampak mira bersama beberapa orang temannya. Aku melambai ke arah mira dan mira menghampiriku.

nak apa
amboi, caretnyerr, sejak bila rajin jogging
sejak otak dah beku

Selamba jerr jawapan si mira nie, aku cepuk jugak budak nie kang.

mira .. sham tanya leh tak
tanya jerrlah
mira ambik course apa kat sini

Mira pandang tepat ke arah ku. Aku hanya tersengih. Heheheh..

berapa banyak kali sham nak tanya.. naik lenguh mulut orang nak jawab tau tak.. tanyalerr mira dah makan kerr, mira dah minum kerr, mira nie penat kerr tak.. nie tak .. balik balik soalan yang sama.. bosan tau tak

Elleh marah lerr plak si mira nie.

alah ..sham lupa,, jawablerr mira
bisness study, dah jangan nak tanya lagi dah.. ini yang terakhir tau”

Aku hanya tersengih.. alah lagipun memang aku lupa pun. Bukannyerr sengaja nak tanya soalan yang sama berulang kali. Apalerr si mira nie. Dan perbualan kami berlanjutan tanpa disedari ader mata yang memerhati.

5

Heboh mengatakan aku sedang bercinta dengan freshies akaun. Aku tak nafikan sejak akhir2 ini aku begitu intim dengan mira. Mira yang kukenal memang sejak dulu menjadi perhatian budak lelaki, kerana itu keintiman kami menjadi bualan setiap penuntut di situ. Sesungguhnya tiada siapa yang tahu antara aku ngan mira pernah mempunyai hubungan istimewa suatu ketika dulu.

Sham, sejak akhir2 nie pia tengok..sham dah tak macam dulu lagi. Kenapa Sham
Aku dah duga..menda nie akan berlaku. Sejak aku clash ngan mira, aku dah malas tuk bercinta tapi sofia sering merapatiku. Rakan sekampus semua beranggapan antara aku ngan pia ader hubungan yang istimewa. Entahlah..

Sham..pia tahu sham tak pernah cintakan pia tapi berilah pia peluang. Pia sayangkan sham..
Aku lebih suka ambil keputusan diam dan dengar sahaja.
Sham..pia nak tahu. Begitu mudah sham rapat ngan mira. Sebelum nie setahu pia, sham bukan jenis yang mudah rapat ngan perempuan. Adakah kerana mira tu cantik, sham terus berubah laku
Entah..aku mudah angin kalau ader insan yang mempertikaikan mira didepanku. Mujur yang berkata2 ini adalah pia, kalau tidak,,,,
pia, awak berhak tuk mencari siapa yang awak suka..antara kita tiada ikatan. Sekarang saya dan mira hanya berkawan.akan datang saya tak boleh nak ramal..awak faham pia

6

Suasana di taman kampus agak tenteram. Sekurang2nya boleh mengurangkan ketensionan di fikiranku nie. Sejak kebelakangan ini jiwa aku benar2 tak tenteram. Exam dah makin hampir tapi setiap hampir bacaan tak pernah masuk dalam kepala otak aku nie.Tiba.tiba

Assalammualaikum,”
Wa’alaikummussalam..ehhhh..mira..buat aper kat sini
sajer jer lalu..nengok awak duk termenung..ngapa ngan awak nie sham..awak ader prob ker. Mehler citer kat kiter ..kiter nie kan ker pakar psikologi..sure boleh tolong awak punya. Meh kita nak tilik awak..nampak gaya nyerr awak nie ader masalah remaja..aaaa nie mesti gaduh ngan awek nie..alah, biasa lerr sedangkan lidah lagi tergigit inikan plak pasangan kekasih. Awak kan lelaki takkan awak takleh handle orang perempuan ..a,,
mira,..“Aku hanya tersenyum.perangai dia mmg tak berubah sejak dulu. Kuat membebel.kalau dah bagi peluang bercakap tu bukannnya reti nak diam.
mira..mira,cuba awak kurangkan sifat suka bercakap tu.”
“Alah kita tahulah awak bengang..kita dah lama tak jumpa awak. Dah setahun.Tu yang kita nak Qada tu..
Kesitu plak si mira nie. Aku hanya senyum. Semangatku yang tadinya hilang kini kembali semula. Mira ..ketahuilah aku begitu merindui mu dan seandainya ader peluang ingin rasanya aku mengulang kembali detik indah dulu tapi entahlah,

mira..sham nak tanya sikit..?
banyak pun takpeee..
ngapa mira putus ngan ikmal..?
Mira hanya senyum. Daya penariknya. Mira kelihatan begitu tenang ngan soalanku tadi. Entahlah payah nak duga bila masa gadis nie berduka ..wajah cerianya bagaikan penghalang tuk melihat setiap kedukaan yang tersimpul atau gadis ini memang tiada istilah duka dalam hidup.
mira tak yakin ikmal akan bahagia ngan mira. Mira tak sayang dia ngan sepenuh hati.Mira tak pasti ngan perasaan mira sendiri. Mungkin juga time tu hati mira dah dimiliki oleh orang lain. Mira taknak dera perasaan ikmal, sebab itu mira putuskan hubungan
semudah itu,
payah ngak.. tapi nak buat camna..takde jodoh
Ikmal..macammana..
macam biasa..diapun serah pada jodoh..mira tak nak dia mengharap sebab tu mira sambung belajar dan tak sangka plak dapat jumpa ngan sham..
mira kata hati mira telah dimiliki orang, siapa..
entahlah sham.. dulu mira fikir mira mampu bersama ngan orang tu tapi nampaknya harapan hanya tinggal harapan. Takpelah ..mungkin ini balasan mira kerna tinggalkan ikmal
“bukan ikmal ajer..sham sekali tau,.dalam hal nie tak baik mira menyalahkan takdir. Bukankah mira sendiri yang buat keputusan jadi untuk apa dikesalkan cuma sham pelik, sedari dulu lagi dalam membuat keputusan, mira sering lemah. Sebenarnyerr dari dulu lagi ingin sham tanya. Kenapa mira, mira ader masalah kerr,???

Tutur kata sham tampak bisa dalam diam. Emmm..biarler dia luahkan apa jua yang tersirat kat dalam hati dia tu. Apa yang pasti memang aku yang salah. Tapi kadang kadang tu aku rasa aku nie tak salahlerr pulak. Emm entahlah..
“entahlah ikmal..mungkin itu kekurangan mira.Mira lemah dalam buat keputusan. Tapi kalau sham nak tahu kali ini keputusan mira memang yang sebetulnya.Mira memang sayang kat orang tu. Mira pasti sangat. Tapi mira taknak terlalu mengharap, kalau mira berjaya mira takkan kecewakan orang tu sebagaimana mira kecewakan ikmal ngan sham”
“baguslah kalau mira dah tetapkan pendirian..”
Aku menyokong walaupun dalam dada hanya tuhan yang tahu betapa sebaknya jantung ini. Hati mira dah dimiliki. Takpelah..aku yakin Cinta tak semestinya bersatu. Aku tetap akan bersahabat ngan mira sebab mira insan terbaik yang pernah kutemui.
“sham..asyik tanya pasal mira ..mira nak tanya pasal sham..leh tak..?”
Aku tersenyum..”boleh..”
“sham sekarang ngan sapa..?”emmm..soalan tu rupanya,
“takde ngan sesapa..”
“sham tipu,”
“tipu aper plak..”
“abis tu ..sofia tu sapa..ooo..suka tipu..tak baik tau”
“amboi ..mana tahu nie..sejak bila pandai pakai spy nie..Sham takde apaler ngan dia”
“haaa,tengok tu,tak nak ngaku plak dah..kan mira dah kata,sham akan temui insan yang lebih baik dari mira..mira nengok si sofia tu cantik, baik pendek kata serba serbi eloklah..bertuah sham..”
“aaaa,mulalah tuu..sham hanya kawan ngan dia ..tak caya tanya ngan dia..hati sham belum terbuka tuk bercinta..sham sekarang hanya pikir nak belajar..payah sangat nanti,. Minta mak yang tolong carikan..”
“teruklerr camtu,zaman sekang nie mana ader sangat ikut pilihan orang tua,apa lerr awak nie sham”
“abis tu ,dah frust..”
“ooo, balas dendam lerr nie..”
“hisss,takdelah.. mira ingat sham nie jenis orang yang mudah tuk jatuh cinta kerr, sham kalau dah frust,makan masa tuk bercinta balik..”
“ooo,kalau camtu samalah kita..”
“haaa,tolong sikit ekk,dia tu dah berapa kali jatuh cinta,sama konon,”
“eleh..marah konon..kalau mira jadi sham dah lama mira ambil sofia tuu tau..”
“masalah nyer sekang nie,sham bukan mira kay..”
Mira hanya senyum.Aku hanya jeling ke arah dia.Mira nie kalau part berdebat bagilah kat dia. Nak menang ajerr..
“Sham..mira dahagalah..jom belanja mira..”
“Ewah-ewah..sedap gigi dia ajer suruh orang belanja dia. Banyak cekadak. Dah tahu dahaga.pergilerr kedai beli air..pakai duit sendiri..yek”
“alah..takpelah..dah orang kedekut,”
Mira terus bangun dan berlalu. Aku pantas mengejar, Mira dah pandai merajuk rupanya..
“sham..gurau jealah..Sham belanja mira kay.”
“takpe..mira ader duit.Mira boleh beli sendiri”
“alah,apa nie mira, sportinglerr sikit..tak kan sham cakap camtu, mira nak ambil port”
“mana ader, orang acah jerr lah tadi..tak inginnyerr duit awak tu”
“betul nie,tak nyesal..”
Mira terus berlalu,laju lak dia jalan.. dengan pantas aku memintasnya ,
“Sejak bila pandai merajuk nie sayang,”
Ahhhh,time nie, aku terlepas. Dah setahun perkataan keramat tu tak terkeluar dari bibirku. Kali ini terlepas. Mira nampak terkejut dan aku menjadi sedikit tergamam.
“nak ker tak nak nie”
Aku cuba cover keadaan. Rasa tebal kat muka nie tak tahu nak buang kat mana. Malu kat mira. Takut nanti dia perasan yang aku masih ader perasaan kat dia cam dulu. Mana aku nak letak muka nie.
“boleh gak..”
Aku tahu mira nak cover keadaan. Mira takkan malukan aku. Itu sifatnya yang ketara pada ingatanku. Tetap tak berubah .
“Sham,pia lerrr..”
“biarlah dia..”
“hish..tak baik tau..nanti aper kata dia kalau dia nampak kita berdua nanti..mira nak panggil dia lah..”
Tanpa sempat kumenghalang mira dah panggil si sofia tu.
“hai..sofia..jom lah join kitaorang..”
“takpelah..ganggu korang ajerr..”
“ape plak ganggunyerr..mira yang ganggu adelah.”
Aku pelik ngan mira nie.Tapi pelawaan mira nampak ikhlas. Aku terima jua.Aku ambil tempat disebelah mira.
eh.eh,apa duduk kat mira..duduk kat sham ler”
Sambil mengusung kerusi mira mempelawa..aku lihat sham hanya senyum.Lega aku dibuatnya.
“kalau sofia nak tahu, sham nie rakan satu opis ngan mira.Dulu kitaorang kawan baik.Macam kuch kuch hota hai,lepas tu terpisah ..nie yang jumpa balik nie”
Aku hanya senyum..Baru jelas hubungan sham ngan mira. Lega rasanya hatiku ini. Kami bertiga minum sambil berbual panjang. Mira yang pandai berjenaka dan selamba membuatkan seolah2 aku telah mengenalinya bertahun2 lamanya. Seronok berbual ngannya. Hilang segala wasangka dihati ini. Sesungguhnya jauh di sudut hati rela andai sham jatuh ke tangan mira kerana mira gadis baik.

7

Awat payah benar soalan nie. Member2 semuanyerr pakat nak jumpa lecturer tapi aku lebih senang ambil sikap cuba dulu. Lagipun muka aku nie familiar sangat kat lecturer tu..asyik2 tak faham.Sedarlah sikit awak tu paling tuaa dlm kelas.hehehehe,takpe..takpeee takde lecturer, sham kan aderr.manalerr aku nak cari dia nie.

“kenapa senyum dari jauh nie. Nie mesti ader something. Ngapa mira..?”
Senyum manisnya jarang terukir. Aku kenal mira. Mira jarang senyum tapi kalau gelak memang takde muka lain.
“Sham ..sibuk tak sekang nie”
“Sibuk jugak ,ngapa”
“kalau sham sibuk takpelaah.. nanti mira jumpa sham lain kali”
Belum sempat mira berdiri aku menghampirinya.
“Cuba mira jgn nak dalih, cakap kat sham apa dia..??”
“mira bukan tak nak cakap tapi tadi sham kata sham sibuk, mira tak nak ganggu sham”
Kemanjaan mira jelas ketara, lagak mira tetap macam dulu..kekadang tu aku rasa aku ngan mira nie, still cam dulu. Entahlah,tingkah mira adakakalanya membingungkan aku.
“sebenarnyerrrkan,,” Sempat kumenoleh ke wajah sham.. Sham nampak cam berkhayal. Panggilanku pun tak disahutnyerr.

“Sham,..!!!!!”

Terkejut aku. Awatlah ngan mira nie.
“bencilah dia nie,.org cakap dia buat tak reti ajerr”
“corry mira,sham terberkhayal tadi”
“teruklerr awak nie, apalah yang dikhayalnyer tu”
“Pasal apa lagi, pasal awaklerr mira”
Alamak..kantoi lagi,.mira dah pandang semacam kat aku.
“apa kena mengena mira lak,???”
Elleh..buat-buat tanya lak,tak tahu kerrr yang awak tu dah menganggu
sebahagian mimpi kita.
“Orang tanya lerr,sham”
“apa nyer mira,?”
“kan tadi mira tanya..takkan tak dengar” Emmmm,bengang betul aku
ngan si sham nie.
Sham hanya tersenyum sambil membelek nota yang kubawa.
Benci melihat perlakuan selambanya lalu ngan pantas, kurampas kembali nota
digengamannya. Sham tersentak.
“dah pandai mengamuk nampak..?”
Reti pun cakap, ingatkan nak makan,minum,tidur ngan senyum awak tu,
“Emm,mira,mira, awak nie kan tak ubah-ubah cam dulu. Kalau nak tahu
something tu, tak dan dan,cubalah bawak bersabar sikit”
Sham hanya menarik nafas. Seketika dilepaskan perlahan-lahan.
Menampakkan ketenangannya.
“Apa yang mira nak tanya tadi” Kusoal mira berhati-hati. Bimbang andai
hatinya terguris lagi ngan tutur kataku yang sememangnya takde insurans.
“tadi memang mira nak tanya, tapi sekang mood dah hilang. Bak sini
buku tu, mira nak balik”
Makin pelik aku ngan mira sekang nie. Kuat plak berasa hati.
“Sham tahu mira nak tanya soalan nie. Duduklah dulu, sham carikan
jawapannyer, atau mira nak sham jadi gurunya”
“kan tadi mira kata takdee mood,sham tak reti bahasa kerr..??”
“Cuba baiki percakapan tu sikit..kasar tu mira”
“kasar kerr lembut kerr..tak penting..mira nak balik”
“okaylah mira,kalau mira nak tahu sangat,tadi sham berkhayal tang
mira pasal sham nengok perangai mira nie tak ubah cam dulu. Kuat bertekak,
serba serbi nak menang dan takde menda lain yang sham pikirkan,puas..”
Memang aku bohong, tapi terpaksa..aku tak nak mira tahu yang hatiku ini
masih terpaut lagi padanya. Biarkan yang sudah menjadi sejarah.
Kuperhatikan wajah mira merah padam. Entahlah selalunya bila berdepan ngan
mira, pasti pergaduhan tercetus. Bukan tiada usaha untuk mengelak, menda
nie cam tak boleh dielak.
“so, camna sekang nie,?”
Mira hanya mendiamkan diri.
“kay, camni,kita gi minum dulu, pastu sham akan ajarkan mira, camna setuju..??”
Mira hanya mengangguk perlahan. Setujulah tu dan kami berjalam beiringan
menuju ke kafetaria.

8

Aku termenung dibirai katil. Tanpaku sedari tingkahlaku ku diperhatika jai
sedari tadi.
“Sham,ngapa ngan kau nie”
“takde apa”
“kau jangan tipu aku, selalu kau tak macam nie”
“entahlah jai..”
“story,sekurang2nya terlepas sikit beban kau tu”
Aku hanya mampu melepaskan sebuah keluhan. Perlukah kuceritakan pada jai.
Sahabat yang selama ini berada di waktu senang dan susah ku.
“Jai, aku nak minta pendapat kau”
“apa dia”
“about mira,kau kenal mira”
Kali nie jai tersenyum.
“Freshies akaun tu,kenallah jugak ,ngapa..?”
“Apa pendapat kau about budak tu”
“Susah nak cakap..tapi aku nengok budak tu sombong sikit, tapi entahlah, aku suka ngak nengok kelaku dia. Sejuk mata memandang..dalam erti kata lain ..bertuahlah sapa yang jadi boy dia. Aku dengar ramai part kita yang nak introduce ngan si mira tu, kenapa ,kau pun dah tersyok ngan budak tu kerr”
“entahlah jai”
Tetiba ajerr jai gelak. Pantas kemenoleh ke arahnyer.
“pesal kau nie, gelak tetiba ajerr”
“Aku pelik ngan kau nie, ngapalah susah sangat nak ngaku yang kau tu dah menghidapi penyakit yang tiada ubatnyerr”
“merepeklah kau,penyakit apa plak”
“penyakit angau,.hehehe..dan kau nak tahu siapa doktornyer”
“sudahlah kau jai,” malas aku nak layan. Orang tengah ader prob. Bukannnyer nak tolong. Tolong gelakkan adelerr.
“Doktornyerr adelah Mira. Parah kau nie sham.”
“dah lerr kau..malas aku nak layan.”
Aku bangun menuju koridor. Serta merta bayangan mira muncul dan aku tak
cuba pula tuk menghindarinyer. Entahlah,satu keindahan bagiku, pabila
mengingati diri mira.

9

Sham, satu nama yang tak mungkin kupadamkan dari memoriku ini. Entahlah,
ketika sham hadir, aku terlebih dahulu mengenali ikmal. Mengenali ikmal, insan yang mengajarku erti hati dan perasaan membuatkan aku begitu sukar tuk menerima sham yang bagiku hanya layak digelar sahabat. Tetapi setelah kuhitung hati dan jua perasaan ku yang sebenarnya, baru kusedari kasihku melebihi pada sham.Lantas ikmal kutinggalkan sehinggalah berlaku kejadian ngeri menimpa ikmal. Ikmal insiden dan berada dalam keadaan kritikal. Ikmal koma hampir 2 bulan sehinggalah familinya datang menemuiku. Jujur kunyatakan aku benar2 rasa bersalah di atas kejadian buruk yang menimpa ikmal dan aku berjanji pada keluarganya akan menjaga ikmal sehingga dia sembuh. Ikmal sembuh sebulan selepas itu. Sejak peristiwa itu, ikmal kembali rapat nganku dan aku semakin renggang ngan sham apatah lagi sham pula menjauhkan diri sejak kecewa ngan sikapku yang lebih mementingkan ikmal darinyer sehinggalah aku bertembung ngan sham sewaktu aku sedang menemani ikmal membeli belah.

“mira, ikmal..kita perlu berbincang” sham merenung tepat ke arahku. Time tu aku memang kecut. Bimbang sham kan mengamuk. Maklumlah sebelum nie, aku terpaksa menolak pelawaan tuk keluar ngan sham atas alasan malas sedangkan di waktu ini dan ketika ini aku sedang bersenang lenang menemani ikmal.
Walaupun demikian, ikmal ngan gentlenyerr meminta kami duduk berbincang di coffee house berdekatan. Sham tak banyak cakap, terus bersetuju sedangkan time tu aku rasa nak jerut jerr leher aku nie. Apa nak buat..pandai buat pandailah tanggung.
Seketika ikmal meminta pesanan. Tiada makanan yang diorder hanya minuman ajer yang dipinta. Aku kalau boleh, air pun tak nak takut nanti terkencing banyak plak dah. Dahlah sejuk, airnyer pun sejuk cuma topik nie jerr yang panas. Apapun aku tetap mengucap panjang..sebagai persediaan. Hai suara.. keluarlah engkau.
Tengah aku mengelamum, minuman pun sampai tanda bermulanyer perbincangan yang bagiku umpama bara yang melekat di tubuhku ini.

“Mira, sham tak tahu apa motif mira yang sebenarnyer. Satu sham nak tanya apa alasan mira kali nie” Dia dah mula dah. Aku hanya senyum..tawar.
Kujeling ikmal disebelah. Dia nampak tenang.

“mira, pada sham, mira kata sayang sedangkan pada masa yang sama mira still keluar ngan ikmal, sham tak marah kalau mira berterus terang . nie tidak, mira tipu sham , kata letih,penat, malas tapi,,.”satu keluhan dilepaskan. Aku nampak ketegangan di wajah sham. Aku masih senyap. Takuttt,oiii,

“sham, kau kena tahu..aku yang terlebih dahulu mengenali mira jadi aku yang lebih berhak pada dia, aku yakin mira masih sayang pada aku kalau tidak masakan mira sanggup menghabiskan masanyer tuk menjaga aku sehinggalah aku sembuh di waktu ketika dahulu dan mengabaikan kau sham”

Berdesing telingaku mendengar setiap baris ayat yang keluar dari bibir ikmal. Aku pandang tepat sham. Sham masih merenungku seolah meminta kepastian. Ya Tuhan sesungguhnyer ada getaran yang kurasa di sebalik renungan matanya itu.

Entahlah..walaupun aku cuba tuk nafikan namun tiada lontaran suaraku yang kedengaran. Sham bantu aku sham..

“Lagipun kami akan bertunang..” pantas aku berpaling memandang ikmal. Benarkah ini ? Kenapa ikmal berani mengeluarkan kata2 itu. Adakah benar atau sekadar ingin menyakiti hati sham.

“Sham..seperti yang kunyatakan, aku terlebih dahulu mengenali mira, tak semudah itu aku akan lepaskan mira, mira milik aku dan aku rela mati dari melihat dia jatuh ke tangan insan lain, sekalipun engkau orang itu”
Di saat itu aku hanya mampu memejamkan mata. Semakin takut tuk mendengar butiran seterusnyer dari bibir ikmal. Sakit hati bila melihat sham yang lebih banyak mendiamkan diri. Membiarkan diri disakiti tanpa bangkit membela diri.

“Ikmal, aku tak suka bergaduh hanya kerna seorang wanita. Itu bukan aku. Untuk pengetahuan kau, takkan ader gadis lain di hati ini selepas mira, kalau ader sekalipun takkan dapat memenangi hati ini sebagaimana mira. ,

“Sudah, mira tak nak dengar apa apa, mira nak balik”
Entahlah aku sendiri tak pasti kenapa dan mengapa ayat itu yang keluar dari bibirku. Dengan pantas aku menuju ke arah terletaknya kereta ikmal. Ikmal datang menghampiriku dan tanpa bersuara enjin dihidupkan lantas kenderaan milik ikmal menyusur laju membelah jalan. Apa yang pasti mata ini tak dapat lari dari melihat wajah tegang sham yang menghantar perjalananku.

10

“Hello..”
Sham..Itu suara sham.
“Mira ker tu..”
Senyap
“Mira, maafkan sham, tak sepatutnyer kita bersua tadi. Maafkan Sham. Nampaknyer mira bahagia di samping ikmal. Cuma satu sham nak tanya betul ker apa yang ikmal perkatakan tadi”
Aku hanya diam. Tanpa disedari ader airmata yang mengalir. Sham, mira sayangkan sham.
“mira janganlah senyap camnie, sham tak tahu kalau mira masih berdiam diri”
Ada sendu yang kedengaran,
“mira, sham sayangkan mira. Mira..”
Tiada jawapan
“baiklah..mungkin fikiran mira masih bercelaru. Mira, apa yang pasti walau apa pun yang terjadi, sham tetap sayang kan mira sekalipun di waktu dan ketika ini nama ikmal melebihi segala-galanyer. Selamat malam mira”
“Sham,”
“mira,
“lupakan mira, ikmal melebihi segalanyer. Take care”
“mira..sham..”
Prakk..gagang telah kuletakkan dan serentak itu airmata berguguran dan ader sendu yang berpanjangan.

11

Aku pergi kerja ngan mata yang bengkak. Fikiran semakin terganggu. Teman-teman tak habis habis menegur perihal mataku. Orang kata tak cukup tidur tak caya plak. Tak kan nak citer betul betul. Malulerr oiii. Dan apa yang lebih pasti setiap panggilan tidak kulayani. Dan yang lebih pasti, pagi esok awal awal pagi lagi, surat cuti sebulan akan menanti di meja kak Rosniati.

12

Tak tahulah ini keputusan pandai ataupun bodoh, yang pasti di sini aku temui ketenangan diri. Keindahan Pantai Pulau Tioman mendamaikan hatiku yang membengkak. Sebenarnyer aku tension. Tension ngan ikmal dan yang pasti lebih tension ngan sham.
Aku cukup terasa ngan sikap sham yang lebih suka mendiamkan diri sewaktu diserang bertubi tubi oleh ikmal. Marahkan sham mengakibatkan mulut aku nie gatal tuk putuskan hubungan. Padahal aku takde niat langsung. Lagipun aku dah tak sanggup nak dengar cerita rekaan ikmal. Aku tak nak dengar dan aku tak nak sham dengar. Tapi yang geramnyer, sham boleh percaya pastu siap rendah diri lagi. Ikmal tu lebih layakler, sham tak setarafler. Banyakler cekadak kau. Kalau tahu diri tu tak setaraf ngan kita, buat apa gi takcle aku dulu. Nie bila dah jadi camnie sapa yang merana. Aku jugak kan..kan. Nie nak marah nie. Petang semalam, sham datang opis. Aku benci tengok muka dia Walaupun dalam hati berbunga keriangan. Sham datang semata mata nakkan kepastian. Manaler aku tak sakit hati. Sham sepatutnyer lebih tahu apa yang tersirat di hati kecil aku ini. Ini tidak…eiiii tensionnyer aku.
Dan akibat itu juga, habis telinga aku nie kena kaunseling ngan member member aku. Semuanyer dok baking si sham tu. Semuanyer kata aku nie tak patut, mulut lepas, selamba jer putuskan hubungan. Kang betul betul putus baru padan ngan muka aku. Dan untuk itu juga aku ambil keputusan tuk cuti buat sementara waktu. Apapun selepas cukup sebulan pertapaan aku, aku akan kembali ke key ell ngan satu keputusan yang pasti. Yang pasti.

13

Emmm,best tinggal kat sini. Orang kampung kat sini semuanyer baik baik belaka. Kat sini aku ader seorang member baru, namanyer intan sebaya ngan aku tapi dah ader anak sorang. Tinggal dekat ngan chalet aku. Aku nginap kat Peladang Inn. Sebab aku nginap lama sikit so, dapatlerr sikit diskaun. Si intan nie tinggal kat kampung Tekek. Banyak jugalah dia ajar aku resepi masakan orang pahang. Aku nie nama jer orang Pahang tapi masakan Pahang memanglerr aku fail. Ader jugak aku story prob aku kat dia, si intan nie suruh aku rujuk ngan si sham tu. Tapi kali ini aku memang berkobar kobar nak ikut cakap si intan nie.Seronok plak tengok dia dah berkeluarga. Rasa tak sabar nak balik key ell. Nak rujuk kat sham, nak suruh sham masuk minang, pastu kawin, pastu dapat anak yang comel macam iffa, anak si intan. Heheheheh,tergatal plak aku nie yek..apa pun inilah keputusan ku yang pasti.

14

Dah cukup sebulan aku nginap kat PT nie, rasa sedih sangat sebab terpaksa berpisah ngan si intan. Walaupun baru kenal tapi dah rasa cam bertahun tahun lamanyer. Aku dah janji pada intan yang aku pasti akan kunjunginyer suatu masa nanti.
“ingat janji kita, kalau boleh bawak sekali sham, intan nak jugak kenal ngan dia”
bisik intan perlahan sewaktu menanti Feri Seagull tuk ku naiki. Aku hanya tersenyum. Feri yang ditunggu telah pun tiba. Aku menoleh ke arah intan. Adu air yang mengalir di pipinya. Kurangkul tubuhnyer , ader sendu yang kedengaran. Setelah sendu reda, tubuhnyerr kuleraikan dan iffa kuhampiri.

“Cik mira jangan lupa kat iffa yek”
petah anak ini berbicara.
“cik mira takkan lupanyer kat iffa. Jangan nakal nakal tau”
“Nanti cik mira datang ngan pa cik sham sekali yek.”
Tersentak aku ngan butiran iffa. Pantas kutoleh ke arah intan. Intan hanya tersenyum. Nantilerr kau intan. Kugosok kepala iffa perlahan lahan. Sedikit cenderahati kuhulurkan pada iffa. Iffa melonjak keriangan. Budak budak..
“terima kasih cik mira”
“sama, bye iffa, intan”
“bye,”
“Assalammualaikum,”
“wa’alaikummussalam”

Lambaian intan dan iffa mengiringi pemergianku. Kelibat intan dan iffa semakin hilang dari pandangan dan wajah sham menjadi penganti.

15

Airmata kembali mengalir. Sampai hati kau sham. Aku benci kat kau. Benci,sebenci bencinyerrr..

“mira dahlerr tu, kau sendiri yang buat keputusan, kenapa mesti kau menyesali. Dahlerr tu mira”
“Kau tak faham ika,aku takde niat langsung di sebalik kata kataku itu.”
“masalahnyerr sham takkan tahu, kehilangan kau selama sebulan adalah penutup pada dia. Dan bukan kau ajer yang sengsara. Sham jugak camtu jugak, ambillah dan baca..mungkin ader jawapan di dalamnyerr”
“Aku dah baca, aku benci ngan sham. Benci ngan sikap humble dia tu”
“Tapi walau apapun cakap kau, yang nyata kau yang salah mira, terimalah hakikat, kau mengalir airmata darah sekalipun, sham takan kembali, kau dah kecewakan sham dan jangan pula kau ulangi pada ikmal plak dah”

Ika menepuk nepuk bahuku sebelum berlalu pergi. Entahlah hanya airmata peneman sepi ini. Sham pergi sebelum sempat tuk aku luahkan perasaan yang sebenar di hati ini. Teringatkan janji pada intan dan iffa membuatkan airmataku semakin laju menumpah. Maafkan aku sham. Sham dah tiada di key ell. Sham dah tinggalkan kota ini, pergi membawa hati ke daerah yang tidak diberitahu kepada sesiapa hatta aku sekalipun. Sampai hati sham. Apa yang pasti pemergiaan sham turut menguburkan impian yang kuimpikan.

16

Setahun selepas Pemergiaan sham membuatkan aku semakin hampir ngan ikmal. Ikmal pandai mengambil hatiku. Aku senang ngan dia. Cuma hati ini masih tak mampu membohongi. Sham tetap di hati ini. Akhirnyerr keputusan terpaksa di ambil. Ikmal kutinggalkan . Bukannyer apa aku tak nak dera lagi hati dan perasaanyerr.

“Mal hormati keputusan mira, apa pun mal nak mira tahu yang mal sedia terima mira bila mira rasa mira dah dapat jawapan yang pasti”
“Terima kasih mal kerna sudi mengerti akan hati ini. Terima kasih juga kerana sudi mengasihi diri ini. Maaf andai mira banyak membebankan fikiran mal”
“tak mira, mira tak salah dan mal takkan paksa mira tuk buat keputusan
so, forget it,betul ker mira nak sambung belajar..?”
“dalam cadangan betullerr tu tapi tak pasti lagi, apa pun doakan mira berjaya yek”
“of course, jangan lupa call mal, mal akan terus hubungi mira, jangan tak angkat plak”
Aku tergelak,
“Mal suka dengar mira gelak..happy rasanyerr hati ini”
Terdiam aku aku,
“mal ,mira nak tidur”
“kaylerr mira, selamat malam sayang”
“selamat malam”

Gagang telepon kuletak perlahan lahan. Sayu tetiba melanda. Ikmal lelaki yang baik cuma aku jer yang tak reti menghargai perasaan orang. So, tahun baru ini akan kulalui tanpa kehadiran insan lelaki di sisi. Jauh di sudut hati kesepian semakin menghampiri diri.

17

Terasa hangat menyapa pipiku. Tanpa kusedari ada air yang mengalir. Emmm.. apalah aku nie..bukankah aku sendiri telah berjanji iaitu sebaik sajer kakiku ini menjejaki kampus ini takkan ader lagi airmata yang akan mengalir.
Entahlah menginggati kenangan lalu membuat hati ini pilu seketika. Tak sangka yek, aku akan temui sham kat sini. Rasa cam mimpi ajer. Tapi entah mengapa hati ini begitu sedih bila Rafeah kata sofea tu makwe sham. Hatiku bagai terpukul mendengarnyerr. Dulu sham kata takkan ader gadis lain selain aku tapi sofea tu apa. Benci plak rasanyerr. Tapi aku kena gak sedar, siapa yang salah. Lagipun kesudiaan sham memaafkan aku lebih dari mencukupi. Emm..Jauh di sudut hati..tangan di angkat..memohon agar sham berbahagia di samping sofea tersayang. Dan di sudut hati juga berikrar takkan diganggu merpati dua sejoli itu lagi.

18

“mira,”
“ohhh..sham..pekabar?”
“sihat,tanya sikit boleh”
“apanyerr..??
“ngapa mira cam lari bila nampak sham, mira marah kat sham kerr atau sham ader buat salah kat mira”
Aku hanya tersenyum
“mana ader sham”
“tapi mira nampak cam lain jerr”
“ngapa mira nampak gemuk ker aa”
“merepek lerr mira nie, seriuslerr”
“mira takde apa apa..cuma mungkin mira bzy, takutlerr kalau fail”
“kalau camtu takpelerr, sham nak beritahu nie”
“apa dia”
“habis semester nie, tamatlerr pengajian sham”
Rasa nak tergugur jantungku dibuatnyerr. Wajah sham kuperhati dalam dalam.
“lah..mira tak caya kerr..tak suka kerrr,sham rasa tak sabar plak, lagipun dah bosanlerr, asyik belajar jerr”
aah aahh..bosan tengok muka aku jugak kan..
“mira..mira tak suka kerr”
Aku cuma senyum..
“mestilah suka..so, apa plan lepas nie”
“apalagi nak keje lerr”
“Lah..cepatnyerr”
“mesti lerr cepat keje cepat dapat gaji, cepat dapat gaji leh pinang anak dara orang”
Aku cuba ketawa mendengar gurauan sham. Walaupun sekadar gurauan bagiku cukup menghiris hati dan perasaan ini.
“sofea tamat sekali kerr sham”
Entah mengapa soalan itu yang keluar.
“mestilah..kan kitaorang sama course”
Wajah sham tampak gembira. Bertuah kau sofea.
“nanti kalau dapat gaji, jangan lupa belanja mira”
Aku cuba menghidupkan suasana. Sham hanya tersenyum seraya mengangguk.
“nanti kalau sham dah takde, belajar sungguh-sungguh, jangan nakal nakal, dan jangan nak menggatal”

Aku tersenyum. Entahlah tetiba ajerr hati ini rasa sebak sangat.

“Sham, mira nak balik ..”
“Cepatnyerr,.”

Lagi cepat lagi bagus..

“mira nak siapkan test”
“kalau macam tu, sham hantar mira kay”

Aku mengganguk perlahan. Sepanjang perjalanan, tak banyak yang kami bualkan. Hanya unggas yang mengambil alih kebisuan antara aku dan sham.

19

2 tahun telah pun berlalu. Aku dah selamat memperolehi segulung diploma. Cukuplah tu. Ada gak niat nak sambung tapi rasa malas plak. Apa apa hal aku nak kerja dulu. Lagipun aku kini dah menjadi tunangan orang. Bukan ikmal dan bukan juga sham tetapi pilihan keluarga. Ikmal pula akan mendirikan rumah tangga bersama ngan kak liana. First love mal. Kad diaorang pun dah kuterima. Pasti akan kuhadiri majlis diorang nanti. Kadang kadang tu rasa sedih gak tapi apa nak buat jodoh di tangan tuhan. Lagipun aku pun nak kawin gak. Apa yang berlaku sebelum ini akan aku kenangi dan akan kuceritakan pada cucu cicitku nanti. Khabar sham dah lama tak kudengar, mungkin dia pun dah kawin ngan sofea. Sampai hati tak kirim kad. Tapi salah aku gak, pindah umah tak beritahu dia pun. Pastu tak call. Egolah kononyerr tuu. Nanti kalau cucu aku dah besar akan kunasihatkan dia, jangan terlampau ego, kang jadi cam nenek, putih mata oiiiii. Heheheheheh. Kelakar lak rasanyerr

20

“hello..mira aderr”
“mira cakap..”
“mira ..sham nie,”
Berderau darah kurasakan. Sham kenapa dan mengapa di saat ini diriku kau hubungi.

“sham nak jumpa mira..boleh”
“tak boleh sham” tegas
“tapi kenapa..
“2 hari lagi mira kan jadi isteri orang..”
“mira jgn main main”
“mira serius nie”
Ader keluhan kedengaran.

“Maaf mira, sham lewat lagi”
“apa maksud sham”
“Sham rasa mira pasti mengerti, bukankah kita pernah kongsi perasaan satu tika dulu”
Airmata dah tak tertahan lagi. Maafkan aku sham..
“kita tak sepatutnyerr bicara perihal ini lagi”
“maafkan sham, sham terlalu mengikut kata hati”
“sham..”
“ye mira”
“bolehkah sham berjanji”
“janji apa mira”
“sham akan datang di majlis mira nanti”
“sham akan datang jika jiwa sham cekal”
“maafkan mira sham”
“sham pun sama”
“bye..”

Prak,Airmata semakin laju. Mak andam tak suka aku berkeadaan begitu. Hilang seri katanyerr. Mak plak berkali kali nak kenalkan aku ngan bakal suami tapi aku tak nak. Kang kalau aku nengok takut tak jadi nak kawin plak. Tak ker haru dibuatnyer.. Mak hanya mampu menurut.

21

“Aku nikah dikau Mohd Faridsham bin Abdul Fakri dengan Asmira Elina binti Ahmad Ameeruddin dengan mas kawinnyer sebanyak RM80 tunai”
“Aku terima nikahnyerr Asmira Elina binti Ahmad Ameeruddin dengan mas kawinnyer sebanyak RM80 tunai”
“Sah”
Sahutan dari tiga orang, maka rasmilah sudah mira sebagai isteri orang. Airmata tidak tertahan lagi.

Di sudut katil, kelihatan mira dalam keadaan tenang walaupun adakalanyerr sendu kendengaran.

“mira jangan nangis lagi, pengantin laki nak masuk tu”
Ika memujuk seraya tersenyum. Apa senyum senyum tak nampak kerr orang ngah sedih nie. Mana sham nie kata nak datang.

Wajah mira kutatap lama. Walaupun wajah tu menunduk namun masih jelas di penglihatanku. Rindu sudah tak tertahan lagi.

Tangan mira kusambut apabila dihulur oleh mak aandam. First time memegang jari nyer darah bagai terhenti rasanyerr.

Mira mencium tanganku lantas tanpa menghiraukan mata yang memandang kukucup dahi mira lembut. Gadis tu hanya menunduk. Aku mengambil tempat di sisinya. Jurugambar mula mengambil posisi. Tangan mira kugenggam erat dan dengan perlahan aku mengangkat dagu mira selaras dengan wajahku.

“shammmmmmmmmmm,.

22

Kami berjalan beriringan menyusuri pantai. Tangan mira kugenggam erat seolah tak mahu dilepaskan. Apa yang pasti gadis ini hampir hilang dari hidupku suatu tika dulu tapi sekarang tidak lagi. Gadis ini kini berada dalam hidupku menjadi penyeri untuk hari ini dan selama lamanyerr. Mungkin inilah takdir yang telah ditetapkan untukku. Syukur ke hadrat Illahi.

“Apa senyum senyum nie. Gila apa”
Kucuit hidung mira. Mira pantas mengelak. Aku hanya tergelak.

“Rasa macam mimpi jerr”
“mimpi apa”
‘Mimpi dapat memiliki mira”
“elleh, mimpi konon, dia tu yang dah planning awal awal, bukan nak kasi tahu orang.”
“abang ingatkan mira dah tahu, sebab tu abang call mira nak tanya sama ada mira boleh terima abang ataupun sebaliknyerr tapi bila abang tengok mira macam tak tahu apa apa, abang terus berlakon lerr. Amacam menjadi tak”
“banyaklerr sham nie..
“eh eh eh..dulu bolehlah nak panggil sham..sekarang abang tau. Minta tolong tukar yek. Hormat sikit , nie laki awak tau”

Mira hanya tergelak. Tenang, nyaman bila melihat mira berkeadaan begitu.

“abang nak tanya sikit leh tak”
“lerrr,tanya jerr lerr”
“masa ari pernikahan kita tu, ngapa mira nangis,
‘elleh, buat buat tanya lak, tak habis habis nak perli kita, bencilerr cam nie”
“kaylerr..abang tahu adik abang sorang ne rupa2nyerr sayang jugak kat abang. Ingatkan langsung tak sayang Tulerr ego sangat. Tak nak ngaku. Kan diri sendiri yang meranna.”
“banyaklerr abang tu, sekali lagi abang ungkit perihal tu, mira tak nak cakap ngan abang lagi, mengerti”

Aku hanya tergelak. Suka benar nyakat isteriku yang sorang nie. Kuat merajuk, manja, cam bebudak, bla, bla, bla, bla, bla, ,,.

“cik mira,,..

mira pantas menoleh..
“intan,iffa,.

Mira pantas berlari meninggalkan aku sendirian. PElik aku ngan si mira nie, kat sini pun ader geng kerr. Aku hanya memerhati mira dipeluk oleh kedua dua insan tu kemudian aku bangun merapati mereka bertiga.

“Kenalkan,nie Sham..dan sham nie intan kawan mira dan nie anak dia iffa.”

“Dah empat tahun, baru kau mari sini mira”
“kan mira dah kata, kalau mira tak nikah, mira tak kan datang sini. Maluler kat intan nanti”
“Ader kerr macam tu. Jodoh maut kan di tangan tuhan, jomlah mira ajak suami kau nie naik ke rumah. Nie asyik nyusur pantai, takdelah best sangat.
“bagi kau mmgler tak best intan, tapi bagi mira..tak terkata kebestannyerr tau”
“dah jangan banyak cakap,jomlerr, mari sham”

Aku dan sham hanya mengekori intan ke rumahnyerr

23

Entahlah, tak tahu kenapa dan mengapa aku begitu beria ia mengajak sham bercuti ke pulau tioman. Mungkin mengenangkan janji pada intan. Sham pun nampak seronok gi kat sini. Dulu aku pergi ngan hati yang remuk dendam tapi kini aku hadir ngan seribu kebahagian. Ikmal dah jadi bapa. Dapat baby girl. Ari tu aku ngan sham gi melawat. Ikmal nampak begitu bahagia. Aku pun cam tu. Sofea dah bertunang ngan jai dan akan berlangsung minggu depan. Nie aku ngah beli hadiah tuk dia ler nie.

“Apa yang dimenungkan lagi tu yang”
“mira ngah pening nak cari hadiah tuk ex-girl abang nie, payah sangat”
Pantas kucuit hidungnyerr lembut. Kalau bab sakat orang, memang takde muka lain.

“jom ikut abang”
“nak gi mana”
“nak cari baju tuk yang lerr
“lerr..pakai baju kurung, apa salahnyerr
“salah tu tidak tapi perut yang memboyot tu, muat ker nak pakai baju kurung”

Pantas mira mencubit lengan aku. Perit oiii. Sejak berbadan dua nie, dah tukar jadi ketam plak si mira nie.

Mira hanya tersenyum. Aku begitu senang setiap kali melihat mira senyum serasa hilang segala beban yang menglingkari diri ini. Padamu tuhan, tangan diangkat moga jodoh nie kan kekal sehingga ke akhir hayat dunia dan akhirat.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool